Saturday, September 24, 2011

satelit NASA bakal terhempas ke bumi..

NASA mengesahkan satelit yang tidak lagi berfungsi seberat 6tan sudah jatuh dari ruang angkasa menuju ke bumi. Laporan NASA yang dipetik collectSPACE.com menyatakan satelit 6tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu. Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.  

Tetapi agensi angkasa lepas itu berkata, peluang untuk ia menimpa sesiapa adalah tipis. Menurut NASA, satelit berusia 20 tahun itu dijangka akan terhempas antara lewat bulan ini dan Oktober serta serpihannya boleh jatuh  mana-mana sahaja di enam benua di dunia ini. Para sainstis NASA meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa. Mereka menganggarkan sebahagian besar satelit itu akan terbakar hangus sebaik masuk ke sistem atmosfera bumi.

UARS adalah satelit terbesar milik NASA yang terapung di orbit tanpa kawalan sejak 32 tahun lalu. UARS dilancarkan dari kapal angkasa Discovery pada 1991. NASA menamatkan khidmat satelit berkenaan pada 2005 selepas menurunkannya ke paras orbit rendah.

Sementara itu, Agensi Angkasa Malaysia hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik NASA.
Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan berkenaan dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.

nak tau lebih lanjut, korg boleh baca kt sini :
  
Satelit NASA terhempas ke bumi, lokasi belum diketahui 

Satelit : Orang ramai dinasihat tidak sentuh objek pelik 

Satelit Seberat 5 Tan Milik Nasa Bakal Terhempas Ke Bumi

UPDATE : satelit NASA terhempas di Kanada 1 & 2




No comments:

Post a Comment

LinkWithin