Wednesday, September 28, 2011

ulangtahun ke27..

10 sept 2011= ulangtahun kelahiran aku yg ke27..time ni mood raya lg kan..aku pon smbut besday kt open house je hehe..sbbnya besday jatuh pd hari sbtu, mngu ke2 raya..thn ni smbut besday beramai2 kt steamboat house, senawang..sbbnya ramai yg besday dkt2..si kecik 20ogos, MIL 4sept, aku 10sept n SIL 26sept..

kek black forest..nyam nyam..
cupcake yg comel ni, mr. hubby yg bg..comel kan??hehe..



Saturday, September 24, 2011

satelit NASA bakal terhempas ke bumi..

NASA mengesahkan satelit yang tidak lagi berfungsi seberat 6tan sudah jatuh dari ruang angkasa menuju ke bumi. Laporan NASA yang dipetik collectSPACE.com menyatakan satelit 6tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu. Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.  

Tetapi agensi angkasa lepas itu berkata, peluang untuk ia menimpa sesiapa adalah tipis. Menurut NASA, satelit berusia 20 tahun itu dijangka akan terhempas antara lewat bulan ini dan Oktober serta serpihannya boleh jatuh  mana-mana sahaja di enam benua di dunia ini. Para sainstis NASA meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa. Mereka menganggarkan sebahagian besar satelit itu akan terbakar hangus sebaik masuk ke sistem atmosfera bumi.

UARS adalah satelit terbesar milik NASA yang terapung di orbit tanpa kawalan sejak 32 tahun lalu. UARS dilancarkan dari kapal angkasa Discovery pada 1991. NASA menamatkan khidmat satelit berkenaan pada 2005 selepas menurunkannya ke paras orbit rendah.

Sementara itu, Agensi Angkasa Malaysia hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik NASA.
Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan berkenaan dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.

nak tau lebih lanjut, korg boleh baca kt sini :
  
Satelit NASA terhempas ke bumi, lokasi belum diketahui 

Satelit : Orang ramai dinasihat tidak sentuh objek pelik 

Satelit Seberat 5 Tan Milik Nasa Bakal Terhempas Ke Bumi

UPDATE : satelit NASA terhempas di Kanada 1 & 2




Wednesday, September 14, 2011

Penjelasan Berhubung Dakwaan Kilang Munchy's Diserbu JAKIM..

" TERKINI :  JAKIM  TLH  BUAT  SERBUAN  KE  ATAS  KILANG  MUNCHYS,  BT.  PAHAT  DAN MENEMUI  STOR  ARAK. BOSSNYA  DGN  RASA  BANGGA  DAN  RASA  TAK  BeRSALAH, MENGATAKN  ARAK  TERSEBUT  UTK  DICAMPUR  KE  DALAM  BISKUT .. TLG  SEBARKN MAKLUMAT  INI  KPD  SEISLAM&KEPENTINGAN  UMAT  ISLAM.  DR  PEG.  JAKIM- HJ.  JALIL  B.  RAIHAN (JAKIM  PUTRAJAYA) "


Aku percaya ramai antara korg dpt sms mcm tu kan..aku pon sentap gak,mklumla biskut munchys ni antara biskut kegemaran aku..yosss, topmix, muzic, lexus, oat crunch, captain munch, cream cracker kwn cwn anda...tudia siap senarai lg..dipercayai sms ini dh tsebar sejak dr mnggu pertama aidilfitri lg..xkan nk percaya bulat2 kan sms yg kita xtau kesahihan cmni, tmbhn lg tgk ayat dia mcm meragukan je..so, aku pon search la fakta tntg biskut kegemaran aku ni..





dan TERBUKTI ianya adalah SMS PALSU.. orang jakim sendiri mengakui org yg namanya disebut dlm sms tersebut  xada pun di jakim..kiranya sms ni mcm sms berantai la..yelah, benda sensitif macam ni selalunya memang menarik minat pengguna utk foward kat ahli keluarga, dan kenalan² kan..mungkin ini keja org2 yg dengki dgn ke'best'an biskut munchys ataupun org yg nk untung cpt..

Nak tahu lebih lanjut pasal hal ini .. korang boleh check dekat sini :
Penjelasan Berhubung Dakwaan Kilang Munchy's Diserbu JAKIM
(thnks abg mazidul)

kenyataan media jakim berkenaan penyebaran sms palsu munchys


**nasihat aku, kalo korg xtau  kesahihannya ssuatu info tu, xpyh la nk share @ sebarkan ye :-)






LinkWithin