Friday, December 16, 2011

toys r us

tetiba terasa nak beli mainan dekat si kecik..dok pikir2 apalah mainan yg sesuai nk beli dkt anak dara aku tu, dgn hrpn time aku masak n melayari internet dia xkacau hehe..search2 sikit dlm google..jd ajaklah suami ke toys r us..mula2 tu pegi ke one utama, tp toys r us kt situ tgh renovate, amatlah sempit n xterurus sikit..lepas tu terus ke toy r us dekat ikano..

toys r us, ikano power centre.. (ihsan google)
pastu sibuk la mencari toys yg dh aku google..cadangnya nk beli doll je..tp terbeli mcm2 pulak..

you & me bedtime baby
masak2..boleh potong2 buah n sayur..
magnetic number
bekas air dora the explorer
sekali terbeli mcm2 pulak, siap kena perli dgn husband lg, ni anaknye nak main ke mamanya yg nk main??yela aku yg lebih2 xcited pulak..beli rm80 ke atas dpt buat star card, boleh la kumpul point dgn kad ni..


dgn terbelinya mainan2 di atas, serius, anak aku dh kurang nk kacau2 aku time wat keja..aku pulak kdg2 kna layan dia main msk2 n doll tu..xkisah la, jnji dia happy :-)

Sunday, November 13, 2011

steamboat house, senawang

sape peminat mknn steamboat?? meh aku suggestkan sbuah restoran steamboat kt korg, restoran steamboat house, seremban..lebih tepat lg dkt senawang taipan..


hrganya rm22 utk dewasa n rm12 utk knk2, byr dulu , then boleh mkn smpi lebam ; ) mcm2 pilihan ada..udang, sotong, daging, ikan, segala jenis ball, sayur, cendawan, pelbagai jenis mee, telur ayam, telur puyuh, otak2, abc, aiskrim n mcm2 lg xlarat nk taip..



kuah dia pulak korg boleh pilih nk kuah sup @ kuah tomyam..sos pencicah pon byk pilihan, antaranya sos thai, blackpaper dll..


minuman pulak ada minuman sejuk n minuman pns..time aku pegi tu ada air  tebu, jagung n air pns pulak nescafe..kalo korg nk mntak ais kosong 1 jug pn boleh..aku mmg suka sgt mkn steamboat ni sbb boleh mkn byk2 hehe..kpd penggemar2 steamboat kt luar sana tu, jom try bt sini pulak : )

Wednesday, November 9, 2011

anugerah tmbhn bolasepak liga msia 2011

kempen bola sepak liga malaysia thn ini dh pon berakhir...mcm2 benda kita boleh lihat, baik dari segi kontroversi mahu pun prestasi..


skrg ni pulak, skuad bwh 23 negara sdg bertungkus lumus di jakarta utk sukan sea..cayalah diorg dpt kalahkan thailand ptg td..hrp2 dpt ke final..

walaupun aku ppuan, tp aku mengikuti perkembangan bola sepak semasa jugak..bru2 ni aku buka blog sokerleaks..terjumpa pulak anugerah tambahan sokerleaks utk bola sepak liga malaysia 2011..tergelak sorg2 aku baca anugerah diorg ni..terbaik lah review sokerleaks ni..

Anugerah Tambahan SokerLeaks

Best Transfer: Safee Sali (Selangor ke Pelita Jaya)
Worst Transfer: Venue Final Piala Malaysia (Bukit Jalil ke Sawah Shah Alam)

Best Coach: Irfan Bakti (Piala FA, final Piala Malaysia, 2nd Liga Super)
Worst coach takde, kalo ada bagi kat K.Devan la.

Anugerah Gol Terbaik Musim 2011 : Gol tandukan Daudsu final Piala FA

Anugerah Pasukan Paling Banyak Terima Kad Raya: The Red Cards iaitu Kelantan (QF Piala Malaysia vs Tganu)

Anugerah Sawah Padi Terbaik : Stadium/Sawah Shah Alam (Selangor)

Anugerah Tokoh Bolasepak Negara Sepanjang Zaman: Hamidin Mat Amin dan Azzudin Ahmad (pemenang bersama). Kedua-duanya membantu meningkatkan harga tiket bola dan juga meningkatkan ranking pasukan kebangsaan. Tahiiniah!

Anugerah Pengulas Terbaik: Richard Scully. Eh, 'sudah tentu' la beliau menang.

Anugerah Mengimbau Kenangan 32 Kali Piala Malaysia merangkap Anugerah Misi 33 Dibawak ke Tahun 2033: Selangor

Anugerah Pahang (pasukan yg ala-ala Pahang): Pahang, Melaka dan Pulau Pinang (dikongsi bersama)

Anugerah JohnTerry Terpeleot : Daudsu Jamaludin dan Sharbinee Alawee

Anugerah WAGS 2011: Ayu Raudhah (menewaskan Dahlia Teck sebanyak 82 undian)

Anugerah Selatan (pasukan terbaik dari area Selatan) : UiTM Segamat
Anugerah Utara (terbaik dari area Utara) : Perak
Anugerah Pantai Timur (terbaik dari Pantai Timur): Terengganu
Anugerah Borneo (terbaik dari Malaysia Timur) : Sabah
Anugerah Lembah Klang (terbaik dari Klang Valley): Kuala Lumpur

Anugerah Anak Tiri FAM (mangsa kekejaman FAM) : Kedah , Perak dan Kelantan (dikongsi bersama)

Anugerah Anak Emas FAM: Selangor

Anugerah Masterchef (makanan stadium terbaik) : Burger Stadium Shah Alam yg kurang daging, kurang timun, kurang sos tapi harga lebih.

Anugerah Kelab Terbaik : T-Team

Anugerah Pasukan Terbaik Keseluruhan 2011 : Pasukan pentadbir FAM

**Majulah sukan utk negara : )


Wednesday, September 28, 2011

ulangtahun ke27..

10 sept 2011= ulangtahun kelahiran aku yg ke27..time ni mood raya lg kan..aku pon smbut besday kt open house je hehe..sbbnya besday jatuh pd hari sbtu, mngu ke2 raya..thn ni smbut besday beramai2 kt steamboat house, senawang..sbbnya ramai yg besday dkt2..si kecik 20ogos, MIL 4sept, aku 10sept n SIL 26sept..

kek black forest..nyam nyam..
cupcake yg comel ni, mr. hubby yg bg..comel kan??hehe..



Saturday, September 24, 2011

satelit NASA bakal terhempas ke bumi..

NASA mengesahkan satelit yang tidak lagi berfungsi seberat 6tan sudah jatuh dari ruang angkasa menuju ke bumi. Laporan NASA yang dipetik collectSPACE.com menyatakan satelit 6tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu. Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.  

Tetapi agensi angkasa lepas itu berkata, peluang untuk ia menimpa sesiapa adalah tipis. Menurut NASA, satelit berusia 20 tahun itu dijangka akan terhempas antara lewat bulan ini dan Oktober serta serpihannya boleh jatuh  mana-mana sahaja di enam benua di dunia ini. Para sainstis NASA meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa. Mereka menganggarkan sebahagian besar satelit itu akan terbakar hangus sebaik masuk ke sistem atmosfera bumi.

UARS adalah satelit terbesar milik NASA yang terapung di orbit tanpa kawalan sejak 32 tahun lalu. UARS dilancarkan dari kapal angkasa Discovery pada 1991. NASA menamatkan khidmat satelit berkenaan pada 2005 selepas menurunkannya ke paras orbit rendah.

Sementara itu, Agensi Angkasa Malaysia hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik NASA.
Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan berkenaan dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.

nak tau lebih lanjut, korg boleh baca kt sini :
  
Satelit NASA terhempas ke bumi, lokasi belum diketahui 

Satelit : Orang ramai dinasihat tidak sentuh objek pelik 

Satelit Seberat 5 Tan Milik Nasa Bakal Terhempas Ke Bumi

UPDATE : satelit NASA terhempas di Kanada 1 & 2




Wednesday, September 14, 2011

Penjelasan Berhubung Dakwaan Kilang Munchy's Diserbu JAKIM..

" TERKINI :  JAKIM  TLH  BUAT  SERBUAN  KE  ATAS  KILANG  MUNCHYS,  BT.  PAHAT  DAN MENEMUI  STOR  ARAK. BOSSNYA  DGN  RASA  BANGGA  DAN  RASA  TAK  BeRSALAH, MENGATAKN  ARAK  TERSEBUT  UTK  DICAMPUR  KE  DALAM  BISKUT .. TLG  SEBARKN MAKLUMAT  INI  KPD  SEISLAM&KEPENTINGAN  UMAT  ISLAM.  DR  PEG.  JAKIM- HJ.  JALIL  B.  RAIHAN (JAKIM  PUTRAJAYA) "


Aku percaya ramai antara korg dpt sms mcm tu kan..aku pon sentap gak,mklumla biskut munchys ni antara biskut kegemaran aku..yosss, topmix, muzic, lexus, oat crunch, captain munch, cream cracker kwn cwn anda...tudia siap senarai lg..dipercayai sms ini dh tsebar sejak dr mnggu pertama aidilfitri lg..xkan nk percaya bulat2 kan sms yg kita xtau kesahihan cmni, tmbhn lg tgk ayat dia mcm meragukan je..so, aku pon search la fakta tntg biskut kegemaran aku ni..





dan TERBUKTI ianya adalah SMS PALSU.. orang jakim sendiri mengakui org yg namanya disebut dlm sms tersebut  xada pun di jakim..kiranya sms ni mcm sms berantai la..yelah, benda sensitif macam ni selalunya memang menarik minat pengguna utk foward kat ahli keluarga, dan kenalan² kan..mungkin ini keja org2 yg dengki dgn ke'best'an biskut munchys ataupun org yg nk untung cpt..

Nak tahu lebih lanjut pasal hal ini .. korang boleh check dekat sini :
Penjelasan Berhubung Dakwaan Kilang Munchy's Diserbu JAKIM
(thnks abg mazidul)

kenyataan media jakim berkenaan penyebaran sms palsu munchys


**nasihat aku, kalo korg xtau  kesahihannya ssuatu info tu, xpyh la nk share @ sebarkan ye :-)






Thursday, July 28, 2011

korea (part 1)

utk makluman, entry ni adalah smbungan dari entri ini ok..

1/7/2011

Pukul 1.50 tghari flight berlepas dari LCCT..perjalanan mngambil masa lebih kurang 6jam..sepanjang perjalanan aktiviti terisi dgn melayan si kecik yg xreti diam (setengah jam je die tdo mse mula2 flight blepas, lps 2 xtdo dah), mkn, tgk awan, baca mjlh n risalah yg ada, dgr mp3, tgk movie (akak ipar bwk netbook), amik gmbr dan jln2 skit..semasa pjalanan 2 ada jugak tempuh cuaca buruk..maklumlah time 2 musim ujan..rasa la flight bgoyang skit, tp kejap je..





pukul 9.20mlm waktu korea (kalo ikut waktu msia bru pkl 8.20mlm), kami selamat smpi ke Incheon International Airport..suhu sejuk jugak,21 celcius..turun flight 2 mmg snyum memanjang la, sbb teruja sgt dh smpi ke korea.. kami disambut oleh cousin yg stadi kt sana..

naik bnda ni, xpyh pnt2 berjalan..
dlm airport pon kna naik tren, sbb airport ni bsr..
lmbg imigresen diorg mcm lambg bn lah..
kami sewa sebuah airport limo dgn kos 75,000won utk ke rumah sepupu..airport ni terletak kt pulau, so kena naik jmbtn yg sgt pnjg dari sana..
limo berkenaaan
lebih kurang setengah jam, kami smpai ke rumah sepupu di Inju Daero..rumah dia sgt comel, ada 2 bilik n 1 bilik air..siap berwallpaper lg..lps mandi n borak2 skit, aku pon zzzzzzz...ok ...bersambung di part 2.....








Tuesday, July 26, 2011

banana milk..

hari ni aku puasa, ganti xabis lg hehe..tp ok gak ganti puasa bila dh nk dkt ramadhan ni..sbb skurang2nya boleh prektis puasa dulu sblum ramadhan menjelang..hehe..bila puasa ni, mcm2 bnda aku teringin nk mkn n minum..korg pon same kan kan??ttba ja aku teringat dkt banana milk, yg selalu aku minum masa pegi korea dulu..dok terbayang minum banana milk yg sejuk2 tu..sedapnya..

aku pon cousin kt sana yg suggestkan susu ni, xbrani aku nk mkn n minum sebarangan kt sana..kalo kt sana 2 kira femes la susu ni, kt mana2 kedai pon ada jual..hrga dia 1000won = rm3..tp botol kecik je..

xingt nama kedai ni, tp dia ala2 7e la..banana milk kt anak pnh 2


aku nk bli bwk blk msia takut pecah je dlm beg, 2 yg xbrani..kalo korg penggemar susu mcm aku, korg suka la kot..sbb rasa dia mcm susu lembu, banana 2 xrasa lgsung...hmmm tp mna nk cari kan kt sini..sudahnya buka puasa ni aku minum air sirap n milo je..


Monday, July 25, 2011

annyeong haseyo !!!

utk pengetahuan korang, pada 1-7 julai yg lps aku bersama suami, anak, kakak ipar n adik ipar pergi mkn angin ke south korea...mmg best lah dpt tgk tmpt org n dpt mcm2 pengalaman..aku wat ringkasan sikit la psl tentatif program ktorang kt sana..

1 Julai - Bertolak dari LCCT.
          - 6jam kemudian smpai ke Incheon International  Airport

2 Julai - Melawat Nami Island
          - Makan & jalan2 di Itaewon

3 Julai - Jalan2 kt Time Square

4 Julai - Bersukaria di Lotte World Theme Park
          - Jalan2 & shopping kt Dongdaemun

5 Julai - Melawat bandar Seoul
          - Shopping kt Namdaemun

6 Julai - Melawat perkampungan tradisi
          - Makan & shopping di Itaewon
          - Melawat Hangang Cruise

7 Julai - Melawat Inha Universiti
          - Jalan2 sekitar Inju Daero

ni antara gmbr2nya :




ok..nnt aku update lg ye psl percutian ni..



LinkWithin