Wednesday, November 9, 2011

anugerah tmbhn bolasepak liga msia 2011

kempen bola sepak liga malaysia thn ini dh pon berakhir...mcm2 benda kita boleh lihat, baik dari segi kontroversi mahu pun prestasi..


skrg ni pulak, skuad bwh 23 negara sdg bertungkus lumus di jakarta utk sukan sea..cayalah diorg dpt kalahkan thailand ptg td..hrp2 dpt ke final..

walaupun aku ppuan, tp aku mengikuti perkembangan bola sepak semasa jugak..bru2 ni aku buka blog sokerleaks..terjumpa pulak anugerah tambahan sokerleaks utk bola sepak liga malaysia 2011..tergelak sorg2 aku baca anugerah diorg ni..terbaik lah review sokerleaks ni..

Anugerah Tambahan SokerLeaks

Best Transfer: Safee Sali (Selangor ke Pelita Jaya)
Worst Transfer: Venue Final Piala Malaysia (Bukit Jalil ke Sawah Shah Alam)

Best Coach: Irfan Bakti (Piala FA, final Piala Malaysia, 2nd Liga Super)
Worst coach takde, kalo ada bagi kat K.Devan la.

Anugerah Gol Terbaik Musim 2011 : Gol tandukan Daudsu final Piala FA

Anugerah Pasukan Paling Banyak Terima Kad Raya: The Red Cards iaitu Kelantan (QF Piala Malaysia vs Tganu)

Anugerah Sawah Padi Terbaik : Stadium/Sawah Shah Alam (Selangor)

Anugerah Tokoh Bolasepak Negara Sepanjang Zaman: Hamidin Mat Amin dan Azzudin Ahmad (pemenang bersama). Kedua-duanya membantu meningkatkan harga tiket bola dan juga meningkatkan ranking pasukan kebangsaan. Tahiiniah!

Anugerah Pengulas Terbaik: Richard Scully. Eh, 'sudah tentu' la beliau menang.

Anugerah Mengimbau Kenangan 32 Kali Piala Malaysia merangkap Anugerah Misi 33 Dibawak ke Tahun 2033: Selangor

Anugerah Pahang (pasukan yg ala-ala Pahang): Pahang, Melaka dan Pulau Pinang (dikongsi bersama)

Anugerah JohnTerry Terpeleot : Daudsu Jamaludin dan Sharbinee Alawee

Anugerah WAGS 2011: Ayu Raudhah (menewaskan Dahlia Teck sebanyak 82 undian)

Anugerah Selatan (pasukan terbaik dari area Selatan) : UiTM Segamat
Anugerah Utara (terbaik dari area Utara) : Perak
Anugerah Pantai Timur (terbaik dari Pantai Timur): Terengganu
Anugerah Borneo (terbaik dari Malaysia Timur) : Sabah
Anugerah Lembah Klang (terbaik dari Klang Valley): Kuala Lumpur

Anugerah Anak Tiri FAM (mangsa kekejaman FAM) : Kedah , Perak dan Kelantan (dikongsi bersama)

Anugerah Anak Emas FAM: Selangor

Anugerah Masterchef (makanan stadium terbaik) : Burger Stadium Shah Alam yg kurang daging, kurang timun, kurang sos tapi harga lebih.

Anugerah Kelab Terbaik : T-Team

Anugerah Pasukan Terbaik Keseluruhan 2011 : Pasukan pentadbir FAM

**Majulah sukan utk negara : )


No comments:

Post a Comment

LinkWithin